bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah sebelum nie aku dah pon
berjaya menjalani interview n test jpj walaupon fail untuk bahagian
2..tapi xpe..ckp pasal interview, pada suatu petang aku dapat
panggilan daripada guru besar sekolah ren.islam al-amin mengatakan
aku diterima untuk jadi cikgu di sekolah tue..rasa syukur tue xdapat
aku nak ungkapkan dgn kata2..alhamdulillah...tapi beliau mintak aku
daftar masuk pada keesokkan harinyer (huh?biar betol~puan sy sekarang
ada kat Kota Tinggi~bukan kt KL..mana sempat)
aku pon mintak tangguh untuk 2 minggu
kerana kebtulan di rumah aku akan di adakan majlis pertunangan..pihak
mereka setuju tapi kata mereka mungkin mengalamisedikit kesukaran
maklum ka sekolah bru..jadi komitmen pekerja penting untuk membuat
persediaan awal sebelum sekolah mula dibuka..jadi aku mintak hingga
5/12/2011..OK! Boleh..tapi bila allah dah dah kata di sana bukan
rezeki kita, kita sebgai manusia biasa xboleh nak menolak...masalah
lain pula timbul bile discussion sesama family, abah n my bro agak
keberatan nak membenarkan aku pergi kerana masalah nak cari rumah
sewa dalam masa 1 hari..apatah lagi abang aku terpaksa pergi kursus
di terengganu dan tiada siapa yang dapat menghantar aku ke sana..jika
aku dapat rumah sewa sekalipon , aku mungkin terpaksa duduk seorg
diri kerana teman aku yg sebelum ni nak berkongsi telah balik taiping
dan tidak pasti bila kembali ke kl apatah lagi die dah pon habis
belajar...so rasa yang berat hati aku terpaksa menolak dengan cara yg
baik..
namun kini alhamdulillah, rezeki allah
tue ada di mana sahaja..bumi allah nie luas..yg penting usaha yg
diperlukan..insyaallah dalam masa terdekat nie aku akan mula bekerja
di sebuah tadika milik yayasan pelajaran johor..aku harap inilah
permulaan hidup aku yg baru sebagai seorang penyumbang ekonomi negara
dan pendidik anak bangsa..(cewah!ye ye oh jek kan..)
semoga allah sentiasa mempermudahkan
urusan dan jalan hidupku..amin...
tamat..see u untuk story yg lain
plak...



0 comments:
Post a Comment