Blogger Layouts

Sunday 8 July 2012

convocation


insyaallah dalam masa beberapa bulan akan datang aku akan join convocation..insyaallah..semoga dipermudahkan segalanya..xcited pon ada nie...hehehehehe 1st time tue beb ^^

Saturday 31 March 2012

mati kutu

alhamdulillah ya allah akhirnye sabar punye sabar punyer besabar, bersabar dan terus bersabar,bejaya juga buat post baru..
sejak laptop dah masuk icu hampir 2 bulan nie terpaksa bersabar~sabar~sabar~sabar dann terus bersabar..(banyak punyer sabar la)

dulu laptop tue la peneman sunyi+bosan+sepi+suka+duka : mcm2 lagi la..(waktu beliau sehat walafiat ler), tapi sekarang, MaTI KUTU aku dibuatnyer...SATU BULAN hidup tanpa laptop..dan akan ditambah 2 bulan lagi kerana icu sekarang xdapat mengubati penykit kritikal beliau...so my bro terpaksa bawa ke hospital lain pula..lagi jauh nun di KERTIH, TERENGGANU SANA!!!!!selamat tinggal kepada beliau..nie pon tepaksa pinjam laptop my bro..bile my bro dah balik kertih , terpaksa la meneruskan aktiviti @ hobi lama... NOVEL..xnak mari kutu punya pasal tanpa hbuat apa2 dalam seminggu aku boleh habiskan 2-3 novel..(erm~novel2 jugak tapi bab mengaji jgn lupe~walaupon xbanyak yg dapat baca!cis teruk sungguh aku nie..novel boleh habis :(  )

so pas nie xtau la bile zaman la aku boleh memblog lagi...sedih tol..jgn kan blog, nk buka fb, e-mail n twitter pon payah...semuanyer gara2 penyakit kritikal laptop aku...so sepanjang nak tunggu beliau ok, MATI KUTU la jawabnyer~

Thursday 22 December 2011

kisah Uwais Al-Qarni -.

Setiap orang yang masih mempunyai ibu wajar menimbang-nimbang hubungannya dengan orang yang telah mengandungnya selama sembilan bulan. Sembilan bulan penuh sabar dan payah membawa bebanan dalam kandungan yang berat. Kemudian bertarung nyawa dihiris kesakitan ketika melahirkan si anak. Dijaganya sejak bayi ditatang sehingga besar.
Apakah bayi yang merah itu kini sudah menjadi tuan-tuan kepada orang yang melahirkannya? Apakah ibu-ibu tua ini sekarang sedang menyepi hiba di rumah kebajikan orang-orang tua? Untuk mereka yang masih mempunyai ibu, terutamanya ibu yang sudah lanjut usia dan uzur, marilah kita renung sejenak kisah kasih sejati seorang anak terhadap ibunya.
Mudah-mudahan baki usia ibu yang sudah tidak beberapa lama lagi mengungsi alam fana ini menjadi masa keemasan bagi anak yang soleh untuk berbakti kepada ibu yang tiada lagi ganti sekiranya mereka menyahut panggilan Ilahi nanti.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. agar berjumpa dengan Uwais al-Qarni di Yaman. Tujuannya hanya agar dua orang sahabat Baginda itu meminta kepada Uwais al-Qarni agar mendoakan Umar & Ali agar diampunkan dosa oleh Allah. Apakah rahsia besar kelebihan Uwais al-Qarni hingga Rasulullah s.a.w. mengangkat namanya begitu tinggi dalam sejarah kemuliaan seorang insan?

 
Uwais al-Qarni ialah nama kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak). Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya, dia tidak sesekali berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli seekor anak lembu.

Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut. Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu.

Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata ibunya,
“wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji tiba tidak berapa lama lagi.”

“Habis Uwais, di manakah kita akan mendapatkan kenderaan untuk ke sana?” tanya ibunya.

“Jangan bimbang wahai ibuku. Saya akan mengendong ibu di bahagian depan saya dan barang bekalan di belakang saya.”

Terkejut si ibu mendengarkan jawapan si anak. Demikianlah besarnya tekad Uwais demi ibunya. Rupa-rupanya dia membeli lembu dan mengendongnya naik dan turun bukit adalah sebagai latihan jasmani agar dia kuat mengendong ibunya yang sudah uzur.
Berangkatlah Uwais al-Qarni dengan mengendong ibunya dan bekalan. Akhirnya sampailah mereka di Mekah. Ketika mengerjakan tawaf dan sa’i, mulut Uwais tidak putus-putus membaca sesuatu. Lalu ibunya bertanya,
“apa yang kau baca tidak putus-putus wahai anakku. Sila beritahu kepadaku.”

“Ibu, saya hanya membaca doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibu.” 

Demikian sikap terpuji seorang anak yang sukar ditemukan dalam hidup ini.
Lalu berkata ibunya lagi,”
Kalau begitu, ibu mahu engkau berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopakmu.”

“Ibu, masakan saya hendak menolak anugerah Allah kepada saya. Sopak ini adalah pemberian Allah kepada saya. Saya tak akan menolaknya, ibu.”

“Tidak. Sekali ini, ibu mahu engkau ikut cakap ibu.”

 Maka tidaklah mampu lagi Uwais mengecewakan harapan ibu kesayangannya. Dengan hati yang amat berat, maka berdoalah Uwais dengan kata,

 “Ya Allah, kerana mentaati kemahuan ibuku, aku bermohon agar Engkau sembuhkanlah penyakit sopakku. Tetapi tinggalkan sedikit pada tubuhku agar aku tidak kufur akan nikmat-Mu.”

 Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. berjumpa dengan Uwais al-Qarni, benarlah ada tanda sebesar duit syiling di belakang tengkuknya. Itulah bekasan penyakit sopak yang masih terdapat pada tubuh Uwais. Lalu dua sahabat Rasulullah s.a.w. itu meminta Uwais berdoa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. itu.

Demikianlah kisah seorang insan kecil yang besar di sisi Allah. Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu bapa yang sudah tua. Mereka berpeluang berbakti kepada ibu bapa seperti yang telah dilakukan oleh Uwais al-Qarni ini. Di samping itu, jangan lupa untuk perbanyakkan istighfar. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. masih diminta memohon ampun, apa lagi kita yang belum tentu ke mana langkah penamat kita. WalLahu ‘alam.

^^ terima kasih


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, syukur kepada hadrat ilahi kerana aku masih berkesempatan untuk meneruskan perjuangan aku di ruangan blog ini..( tetibe jek serius nie).. untuk kali nie aku tidak mahu untuk merepek apatah lagi meraban dengan perkara2 yg bukan..aku rasa inilah masa yg terbaik ( mcm bizi jek sentiasa) untuk mengucapkan ribuan+jutaan+berbillion terima kasih kepada mereka yg sentiasa menjenguk+menziarah+follow blog nie ( T_T serius mmg terharu..) walapun cume blogwalking pon xpe..terima kasih+thank you+xie xia ni+syukran+kamsahammida+arigato
Erm~ di sini juga nak minta maaf kepada mereka yg menyapa di shoutmix box sebab xdapat nak membalas mesej anda semua…

Konklusinya, rajin2 datang singgah ye..kalo ada perkara or any story yg menarik boleh la kita berkongsi bersama ^_^

Wednesday 14 December 2011

LUASNYA NERAKA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..




Assalam Mu'alaikum Wbrth.. Sahabat semua...bacalah. ...
 bacelah sampai habis.. skjap jer... x smp 5 minit..pun!! !
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.  
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'



Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'


Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' 

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. 


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. 

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'


Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'


Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.



Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


8. Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


9. Didlm mulut setiap ular yg pjg 70 hasta mengandungi lautan racun yg hitam pekat.

10. Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai



11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'



Maka jawabnya Rasulullah saw : 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.


Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru: wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.'

Surah Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama ..

  'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN' 









Macam-macam hal la~ PART 3


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah sebelum nie aku dah pon berjaya menjalani interview n test jpj walaupon fail untuk bahagian 2..tapi xpe..ckp pasal interview, pada suatu petang aku dapat panggilan daripada guru besar sekolah ren.islam al-amin mengatakan aku diterima untuk jadi cikgu di sekolah tue..rasa syukur tue xdapat aku nak ungkapkan dgn kata2..alhamdulillah...tapi beliau mintak aku daftar masuk pada keesokkan harinyer (huh?biar betol~puan sy sekarang ada kat Kota Tinggi~bukan kt KL..mana sempat)

aku pon mintak tangguh untuk 2 minggu kerana kebtulan di rumah aku akan di adakan majlis pertunangan..pihak mereka setuju tapi kata mereka mungkin mengalamisedikit kesukaran maklum ka sekolah bru..jadi komitmen pekerja penting untuk membuat persediaan awal sebelum sekolah mula dibuka..jadi aku mintak hingga 5/12/2011..OK! Boleh..tapi bila allah dah dah kata di sana bukan rezeki kita, kita sebgai manusia biasa xboleh nak menolak...masalah lain pula timbul bile discussion sesama family, abah n my bro agak keberatan nak membenarkan aku pergi kerana masalah nak cari rumah sewa dalam masa 1 hari..apatah lagi abang aku terpaksa pergi kursus di terengganu dan tiada siapa yang dapat menghantar aku ke sana..jika aku dapat rumah sewa sekalipon , aku mungkin terpaksa duduk seorg diri kerana teman aku yg sebelum ni nak berkongsi telah balik taiping dan tidak pasti bila kembali ke kl apatah lagi die dah pon habis belajar...so rasa yang berat hati aku terpaksa menolak dengan cara yg baik..

namun kini alhamdulillah, rezeki allah tue ada di mana sahaja..bumi allah nie luas..yg penting usaha yg diperlukan..insyaallah dalam masa terdekat nie aku akan mula bekerja di sebuah tadika milik yayasan pelajaran johor..aku harap inilah permulaan hidup aku yg baru sebagai seorang penyumbang ekonomi negara dan pendidik anak bangsa..(cewah!ye ye oh jek kan..)

semoga allah sentiasa mempermudahkan urusan dan jalan hidupku..amin...

tamat..see u untuk story yg lain plak...

Sunday 4 December 2011

Macam-macam hal la~ PART 2..


alhamdulillah aku masih dapat meneruskan part 2..

ok jom!

Untuk test JPJ aku kena tunggu seminggu baru boleh g test..so dalam seminggu tue, aku ada benda lain pula nak diuruskan..INTERVIEW!YA!TEMUDUGA K!
aku dipanggil temuduga di sek.ren.islam al-amin WP di wangsa maju pada jam 3 petang...so dari johor aku naik bas jam 6.30 pagi di mana aku naik bas di terminal bas larkin..sebelum subuh lagi aku dah kuar rumah coz dari rumah yg aku duduk sekarang ke terminal larkin makan masa lebih kurang ½ jam (tapi tengok tahap pemanduan dan keadaan jalan)

nak dipendekkan story aku sampai BTS jam 10 lebih..wah cepat sungguh aku smpai..al-maklum la p.cik bas tue rehat di pagoh xsampai 10 minit pon!ok xpe...


lepas sampai kau terus tanya setiap kaunter bas untuk cari tiket malam tu juga..sebab aku kena balik hari..tu pesanan dari abang aku..so nak xnak just I follow you :) walaupon aku tahu mmg penat giler..tp xpe la...kena dgr ckp org tua.. :)...



 nie antara kaunter yg ada kt BTS..ada beberapa yg lain lg



 masjid jamek

so siap jek bertanya pasal tiet aku terus naik lrt ke m.jamek..then naik lrt lagi tok ke wangsa maju..fuh!jauh perjalanan akukan..interview jam3.00 pm..aku sampai wangsa maju lebih kurang jam 1 pm..

wangsa maju

so aku kena tunggu 2 jam lagi..kebetulan kawan aku nak datang nak jumpa.. (beliau rindukan aku, so rasa bangga jap sebab ada yg sudi rindu..) sedang tunggu beliau datang sambil baca s/kabo, tetibe dapat panggilan dari sek tue ckp interview jam 3.15 pm!!! ape nie! Tetibe jek makin lambat..dah la aku tgh kejar masa~ aiyo..so duduk la ku temenung seorang diri di lrt wangsa maju tue..tp naseb bek kira2 jam 2.15 kawan sampai..then beliau pon bawa aku ke sek tue..lepas bg alamat, beliau dgn cikgu beliau bw aku keliling kawasan wangsa maju dan setapak (beliau merupak pekerja di sebuah akedemi memandu di ampang..fuh!jimat duit teksi..alhamdulillah ^^)..lepas pusing hingga hampir jam 3.00 pm kami masih xjumpe sek tue!!ommo! Cm mana nie..sebab die pon xtau sebab alamt tue pelik..(beliau la yg cakap)...then kami pon decide tok telefon pihak sek tue tok bg laluan yg senang sebab kami dah penat pusing2 xjumpe...dan yg makin menbuatkan hati nie membengkak adalah, sekolah tue betol2 kat belakang kawasan lrt wangsa maju!!jalan kaki pon sampai..hanya lebih kurang 10/15 minit jek kalo jalan!!...aiyo kami yg cari naik kereta nie perlukan hampir 1 jam mencari...sob~sob~sedih betol la..tp xpe..aku betol2 nk ucapkan terima kasih banyak2 pd beliau sbb sanggup susah payah mencari sek tue bersama cikgu beliau..padahal waktu tue time mereka keje..( sory n thanks kepada beliau)..so lepas sampai tue aku pon tgk dah ada sorang yg sampai..erm~xpe la...so nk dipendekkan lagi citer aku diinterview oleh 2 org profesor..tgh2 dok sedap merapu2, tetibe datang sorang lagi wanita..aku ingatkan pekerja biasa so buat mcm biasa jek berckap dan buat presentation mcm mengong2 dan mmg sempoi giler ar..sedap2 ketawa ngan dieorg aku pon ada tanya

''hehehe sy nak tanya sikit la, kalo sy dapat kerja sini, sy kena jaga satu kelas atau ikut subjek ea?''

''erm,hehehehe kami pon xsure..kene tanya dgn guru besar kita nie'' kata professor tue sambil pandang wanita yg masuk lambat tadi

GLUP!!guru besar...??? mak cik nie guru besar?alamak!?

So demi mencontrolkan diri,

''oh, puan nie guru besar..hehehehe puan mcm xsihat je'' ( cover line sungguh )

'' ehem~yup sy mmg xsehat sikit..hihihi '' (naseb bek die senyum, kurang sikit neves nie
tetibe jek ada suara mintak)

''oh ya, sy ada nampak awak ada subjek introduction Islamic education..boleh awak terangkan sikit pasal apa..lagi satu awak mesti ada belajar banyak pasal philosopherkan (betol x eja), so ada ke yg islam punya philosopher??? '' oh ruper2 professorrrr sorang lagi.yg pegang file sijil2 aku..

dengan yakinnya aku menjawab

''oh dalam subjek tue saya belajar tentang mcm mana nak ajar kanak2 tentang manners dan beberapa kisah para nabi dan pasal philosopher bg yg islam mmg ada..imam al-ghazali''

''oh dalam child development adakan'' guru besar mencelah

''oh yup.ada dalam child development'' yakin sungguh aku menjawab..sedangkan aju pon ala2 xingat..

''kalo mcm tue sy nak awak tunjukkan sikit macam situasi awak nk ajar kanak2 tetnag manners dan sebagai cikgu sy nak tnya awak apa cara awak perlu buat untuk buat kanak2 jdi genius sbb skang nie kanak2 12 tahun pon dah pandai buat ipad/iphone? ''

    * so aku pon jawab dan berlakon sebagai cikgu dan mereka sebagai murid2..dan nampak mereka puas hati..dan terus ckp pasal gaji kat kau..(huh? Aku dapat ke?) *
lepas selesai interview mereka ckp mereka akan telefon jika diterima..cuma kena tunggu jek la skang nie..fuh!alhamdulillah selesai interview aku terus berjalan pantas ke lrt wangsa maju..aku kena cepat..jam dah menunjukkan jam 5 ptg! Kalo aku lambat bermakna aku kena beli tiket balik ke JB jam 11 malam atau 12.00 malam..! semestinya aku xnak tunggu selama tue..dah la sorang2..sampai ke BTS jam 5.30..aku terus ke kaunter bas transnasional..alhamdulillah ada tiket bas ke kota tinggi jam 7.30 malam dan 6.00 petang..so aku pon berkira-kira tok beli tiket jam 7.30 malam sbb aku nak beli MAKANAN! Dari aku keluar rumah subuh hari hingga ke detik itu, aku xmenjamah apa2 makanan selain gula2 polo dan air masak...

TAPI, apakan daya tiket jam 7.30 malam dibatalkan dan xkan da dalam jadual perjalanan...

 kaunter transnasional


''adik amek tiket kol 6.00 petang la ke kota tinggi..sempat lagi nie..'' tetibe jek akak kaunter tiket nie bg idea yg aku rasa kurang bernas pada ketika itu

''eah xboleh kak..xsempat...''



nie la destinasi yg aku tujui!balik kg~0h~0h balik kg ^^


''ea apa pulak adik ada lagi 25 minit nie.sempat kalo lari'' erm cube pujuk la pulak

 ni la laluan aku berlari

''saya...saya..saya..erm~nak ke tandas!'' ( mmg nak ke tandas satu hal,tapi aku mmg dah pasang niat tok beli KFC tok makan dalam bas..aku dah lapar sangat..hanya Tuhan jek yg tahu..

''xpe..sempat lagi..adik lari jap.akak tolong selesai hal tiket kt sini'' dengan baik hatinya akak tue..terima kasih banyak2 ye kak~

 ni bas ye kawan2 ^^

so ape lagi aku boleh buat keluar toilet jam dah tunjuk 5.55 petang..xmacam org giler aku berlari ke platform bawah tok cri bas..fuh ada lagi~ dalam kelam kabut naik bas kepala aku sempat lagi jengah signboard betol x bas aku naik nie menuju ke kulai-kota tinggi..silap naik bas naya jek aku..dah la dengan beg berat ngan pakai baju kurungnya..plus perot lapor yg amat..aku redha jek..tapi masih berharap bas nie berhenti di ayer hitam aku berangan-angan nak beli pau panas..sepanjang jalan aku berangankan pau panas tue...( abah kesian kat anak abah yg sorang nie..kelaparan..perut plak berbunyi jek...)



so sepanjang perjalanan b4 sampai ayer hitam aku lebih banyak tidor..sampai ayer hitam aku turun bas dengan senyuman yg lebar yg aku rasa boleh sampai ke telinga...

namun, sayang berbellion kali sayang, kedai melayu yg jual pau panas tue TUTUP!!!! (ye la sampai ayer hitam dah jam 9.00 malam..mestilah org tue dah balik) yg ada jual pau pon kedai cina..oh tidak..xkan sesekali aku beli...so terpaksa la aku beli 'jajan' sedap2 aku amek potato chips sampai 2 bungkus, terbeliak mata aku jap masa nak bayar

1 bungkus potato chips RM 4.00! kalo 2 dah RM 8.00! xtermasuk air 100plus yg aku beli..(aiyo apek awat la mahal sangat) tapi nak buat macam mana..bayar jek la..dah naseb bandan :( 

    * sakit badan+sakit kaki+kesejukkan yg amat+kelaparan+kepenatan yg amat+sampai jam 11.00 malam ; harap nie la kali pertama dan kali terakhir aku buat keje macam nie..naseb baik dapat single seat *


to be continue :(