Blogger Layouts

Saturday, 3 December 2011

Macam-macam hal la~ PART 1


bismillahirahmanirrahim...
alhamdulillah allah masih lagi memberi ruang aku untuk bernafas..syukur alhamdulillah...

erm~~???? errrr~ *....* (mcm ni boleh dipanggil muka org sedang dilema x??? )

xtau nak mulakan macam mana dan dari mana..banyak perkara yang telah aku lalui bermula dari awal bulan November hingga la ke bulan Disember..( erm..banyak ke?? )

dimulakan cerita dengan aku daftar ambil lesen P di sebuah akedemi memandu..ok tue xde hal sangat la..so nak dipendekkan citer, aku berjaya habiskan kelas selama 10 jam di mana aku ambil seminggu belajar tanpa skip kecuali rabu ( coz JPJ test setiap Rabu)..so lepas aku pass dengan jayanya untuk motor aku terus sambung ambil P untuk kereta pula.yea~semuanya bermula di sini...

disebabkan sistem di akedemi nie berbeza buat aku makin kelam kabut..dah la selama 23 tahun aku hidup di muka bumi ALLAH yang indah lagi cantik nie hanya 3X jek bawa kereta..( tue pon blaja dgn cikgu yg xbertauliah..) bertambah parah bila masa kat KL dulu untuk kelas 3 jam ( xsure teori or praktikal) seHARUSNYA cikgu tunjuk dan ajar yang asas tentang 5 perkara dan cara2 pemanduan yg basic..tp malangnya aku hanya di tunjukkan apa itu stereng, signal, lampu kecemasan, cara betolkan kerusi, cermin, hon dan pengelap cermin..penerangan itu hanya makan masa lebih kurang ½ jam..so masa selebihnya die suruh aku duduk kt tembok dan tengok pelajar lain..dengan kata lain aku menghabiskan masa dengan hanya melihat org lain bw kereta..

so balik semula ke akedemi yang aku sedang belajar sekarang..setiap 2 jam kelas aku akan dapat cikgu yg berbeza..so untuk 10 jam kelas aku ada 5 orang cikgu dengan cara n teknik memandu yang berbeza..disebabkan cikgu yang berbeza, so kereta pon lain2 la kan..walaupon jenis kereta yg sama kancil, tapi kadang2 sesetengah keadaan lain dari yang lain..terutama gear dan handbreak (bg pandangan aku la)..sebab apa, sebanyak 5 kali aku bawa kereta kancil yg berbeza, keadaan gear ada yg senang nak masuk n handbreak senang nak tarik..ada pulak kereta, puas aku tarik still x berhenti jugak sebab terlalu ketat..tapi ada bagusnya bertukar cikgu nie...kita boleh banding dan gunakan cara cikgu mana yg kita boleh bawa...alhamdulillah seramai 5 orang cikgu yg aku belajar ok la komen2 mereka..antaranya :

day 1/cikgu A : awak sepatutnya dah boleh bawa sikit2 sebab awak dah ada L..tapi xpe..
hari pertama mungkin susah sikit..xpe2.. (naseb baik cikgu ok...)

day 2/cikgu B : macam mana awak bawa kereta nie..apa yg cikgu awak ajar semalam..
bawa kereta macam orang xde akal (nie masa aku bw kt jalan raya)..
buang masa betol la awak nie..dah la balik jek ( ni masa 3 penjuru)
(tersentap jap bile dengar beliau cakap mcm tue..nie antara komen yg aku xkan
lupa sampai bila2..nak ikut kan aku xde la bw sampai langgar org :( )

day 3/cikgu C : awak bawa ok cuma kena ingat laluan A dan B betol2..lagi satu penggunaan gear
awak kena belajar lagi.. ( naseb cikgu nie memahami..alhamdulillah)

day 4/cikgu D :jalan raya OK..( yes!) .. awak keluar n naikkan balik tiang tue..awak kan suka
main hujan..awak anak bongsu ea?erm patutla ~( nie masa 3 penjuru aku terlanggar
tiang sampai jatuh..dah la tgh hujan masa tue..erm..lagi satu ape kena mengena
tiang jatuh ngan anak bongsu..ada related ke??? )..awak nak QDI kan esok.buat betol2
k..saya doakan awak lulus...just confident ok..jangan terlalu gopoh dan gugup..
(sempat lagi cikgu nie pesan kat aku)

day 5/cikgu E dan cikgu F : 1 jam pertama bg latihan dgn cikgu E- awak nie mcm mana bawa..
jangan gopoh sangat..laluan A tadi bawa teruk sikit..tp laluan B ok pulak
awak..( sebab ms laluan A cikgu dah banyak tegur silap aku, so tok laluanB aku buat la betol2 sikit.. tq cikgu) sekejap lagi awak QDI dgn cikgu
F..buat betol2 k..awak boleh buat..n tok JPJ nanti buat elok2..mesti lulus
punya :) (wah~cikgu nie mmg best..)

1 jam QDI dengan cikgu F : mcm mana awak nak amek test JPJ nie..mcm
mana awak berhenti nie..mana nak masuk lorong mana, tapi bagi isyarat
mana??ya allah awak jangan gugup sangat..saya x makan orang..buat mcm
biasa jek...(tau pon cikgu..saya GUGUP yg amat nie...tapi alhamdulillah PASS!!! yahooo!! )..awak nak test jpj nie buat betol2 :)

day 6/cikgu G : (sebenarnya aku dah pon habis kelas 10 jam tapi aku buat tambahan masa selama 2jam..)..awak nak jpj nie..mcm mana awak bawa..tengok lorong betol2...awak boleh buat nie k ( nie tok jalan raya)..awak xkisah kalo minyak lebih sikit janji jangan kurang dari 3...( nie masa kt bukit)...awak nampak x tiang 7??saya cube awak kira betol2..(fuh~banyak salah yang aku buat tapi cikgu yg sorang nie xmarah pon..buat lagi adalah..daebak la cikgu!)

to be continue... ^^



0 comments: