Bismillah pembuka bicara…
Sambung degree?oh bagi aku masa untuk pikir dulu sama ada nk continue or x….
Kenapa plak buka cite nie plak tiba2…
Semuanya bermula daripada perbualan aku bersama k.ain dan lily pd minggu lalu…masa tu aku tengah tunggu azan maghrib berkumandang untuk menunaikan kewajipan aku sebagai umat-NYA.entah kenapa tiba2 mulut aku begitu ringan kepada lily…(ms tu k.ain tengah mandi..)
‘’lily,kita nak tanya sket’’
‘’hah..nak tanya apa?bile nk kawin ke?’’ ujarnya sambil tersengih2 umpama kerang-kerang busuk(kerang busuk lg comey..c(: )
‘’ea xde topic lain ke?xde nk tanya sket nie..apa target or perkara yg lily nk wat lps hbis study t…’’
‘’oooooo(punya panjang la o c lily)…sy nk b4 sy kawin, sy nak dalam bank sy mesti ada RM20,000…lg satu sy nk beli umah tok mak ngan abah sy..”bicara lily dengan muka yg penuh kekomfidenan..
‘’oh…bagus tol ar..nie contoh anak yg solehah nie.’’
KKKRRREEEK…(pelik tol bunyi nyer)
k.ain masuk bilik usai dia habis mandi..belum sempatt dia duduk aku bertanya plak kat dia soalan yg sama.
‘’k.ain nk tanya sket.’’ cepat2 aku bertanya
‘’nak tanya apa plak nie.’’
‘’xde..kita nk tanya,apa target k.ain atau perkara yang k.ain nk wat lps hbis blaja t.’’
‘’eeemmm…..’’ (td o lily panjang, skang em k.ain plak panjang..xtau lepas nie apa plak..ahaks)
‘’Kalo k.ain la,k.ain nk dapatkan kerja yg bagus2 dan nk bawa emak ngan ayah k.ain g tunaikan haji..’’ (seorang lagi anak yg baik dan solehah yg ALLAH kurniakan…amin)
‘’habis kalo mun plak nak apa?’’…ei k.ain plak yg tanya aku nie…
‘’kita target b4 umo kita 30, kita sekurang-kurangnya nak ada 2 taska atas nama kita sendiri…and then kita nak bawa abah kita g umrah walaupon dia dah g haji b4 nie’’ (hoho umrah n haji kan lain sket)
‘’em,bagus gak idea tu..tp apa yg penting skrang kita semua kena focus untuk midterm nie’’…ujar k.ain(nasihat seorng kakak kepada adik2nyq yg comey..betol x k.ain)
Aku ingatkan nk tambah skit lg ayat2 k.ain tu tp azan maghrib sudah mula kedengaran….
ALHAMDULILLAH, aku masih berpeluang untuk menghadapNYA…
Habis jek azan berkumandabg, aku, k.ain n lily terus membaca doa…
Lps tu aku tengok k.ain sudah siap sedia memakai teelkung untuk menhadap YANG ESA…aku nk join skali tp ntah kenapa terasa nak tunggu k.ain habis solat dulu jugak…
Sementara tunggu k.ain selesai solat, otak aku begitu ligat berfikir mengenai perbualan kami tadi…lily plak g toilet untuk bersihkan dirinya…
B4 nie aku bercadang nak sambung blaja tok psychology sama ada di Universiti Bandung(tp time nie xckp lg ngan family)mesti pelik kenapa aku pilih U kat Bandung kan..(bak ct nurhaliza ckp ‘’biarlah rahsia’’…)
Lg satu pilihan aku nk sambung degree tok childhood education kat UUM…tapi masalahnyer skrng kadang2 hati membuak2 nak smbung tp t kejap lagi rasa sebaliknyer plak.…macam lalang yg kena tiup angin…
Xpe2.bagi aku nak menuntut sesuatu ilmu nie bukan perlu kita belajar sampai master Phd or dapat title DR n mesti blaja kt universiti tp kat mana2 pon kita masih mampu blaja dan memperoleh ilmu……(nie juz pandangan dari aku jek)
apa yang penting sebenarnya hati dan diri kita sendiri mesti ada niat blaja sesuatu yang baru xkira di mana jua dan sentiasa mahu improvekan diri untuk terus maju kehadapan…bukan terus untuk berada di takuk yang lama…
-semoga doa aku diperkenankan ALLAH supaya dipermudahkan jalankan aku memperolehi apa yang dihajati diri ini…AMIN-
Tuesday, 26 May 2009
DEGREE?…em pikir dulu
Posted by mun at Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment