Blogger Layouts

Tuesday, 26 May 2009

DEGREE?…em pikir dulu

Bismillah pembuka bicara…

Sambung degree?oh bagi aku masa untuk pikir dulu sama ada nk continue or x….
Kenapa plak buka cite nie plak tiba2…
Semuanya bermula daripada perbualan aku bersama k.ain dan lily pd minggu lalu…masa tu aku tengah tunggu azan maghrib berkumandang untuk menunaikan kewajipan aku sebagai umat-NYA.entah kenapa tiba2 mulut aku begitu ringan kepada lily…(ms tu k.ain tengah mandi..)

‘’lily,kita nak tanya sket’’

’hah..nak tanya apa?bile nk kawin ke?’’ ujarnya sambil tersengih2 umpama kerang-kerang busuk(kerang busuk lg comey..c(: )

‘’ea xde topic lain ke?xde nk tanya sket nie..apa target or perkara yg lily nk wat lps hbis study t…’’

‘’oooooo(punya panjang la o c lily)…sy nk b4 sy kawin, sy nak dalam bank sy mesti ada RM20,000…lg satu sy nk beli umah tok mak ngan abah sy..”bicara lily dengan muka yg penuh kekomfidenan..

‘’oh…bagus tol ar..nie contoh anak yg solehah nie.’’

KKKRRREEEK…(pelik tol bunyi nyer)

k.ain masuk bilik usai dia habis mandi..belum sempatt dia duduk aku bertanya plak kat dia soalan yg sama.

‘’k.ain nk tanya sket.’’ cepat2 aku bertanya

‘’nak tanya apa plak nie.’’

‘’xde..kita nk tanya,apa target k.ain atau perkara yang k.ain nk wat lps hbis blaja t.’’

‘’eeemmm…..’’ (td o lily panjang, skang em k.ain plak panjang..xtau lepas nie apa plak..ahaks)

‘’Kalo k.ain la,k.ain nk dapatkan kerja yg bagus2 dan nk bawa emak ngan ayah k.ain g tunaikan haji..’’ (seorang lagi anak yg baik dan solehah yg ALLAH kurniakan…amin)

‘’habis kalo mun plak nak apa?’’…ei k.ain plak yg tanya aku nie…
‘’kita target b4 umo kita 30, kita sekurang-kurangnya nak ada 2 taska atas nama kita sendiri…and then kita nak bawa abah kita g umrah walaupon dia dah g haji b4 nie’’ (hoho umrah n haji kan lain sket)

‘’em,bagus gak idea tu..tp apa yg penting skrang kita semua kena focus untuk midterm nie’’…ujar k.ain(nasihat seorng kakak kepada adik2nyq yg comey..betol x k.ain)

Aku ingatkan nk tambah skit lg ayat2 k.ain tu tp azan maghrib sudah mula kedengaran….
ALHAMDULILLAH, aku masih berpeluang untuk menghadapNYA…

Habis jek azan berkumandabg, aku, k.ain n lily terus membaca doa…
Lps tu aku tengok k.ain sudah siap sedia memakai teelkung untuk menhadap YANG ESA…aku nk join skali tp ntah kenapa terasa nak tunggu k.ain habis solat dulu jugak…
Sementara tunggu k.ain selesai solat, otak aku begitu ligat berfikir mengenai perbualan kami tadi…lily plak g toilet untuk bersihkan dirinya…

B4 nie aku bercadang nak sambung blaja tok psychology sama ada di Universiti Bandung(tp time nie xckp lg ngan family)mesti pelik kenapa aku pilih U kat Bandung kan..(bak ct nurhaliza ckp ‘’biarlah rahsia’’…)
Lg satu pilihan aku nk sambung degree tok childhood education kat UUM…tapi masalahnyer skrng kadang2 hati membuak2 nak smbung tp t kejap lagi rasa sebaliknyer plak.…macam lalang yg kena tiup angin…

Xpe2.bagi aku nak menuntut sesuatu ilmu nie bukan perlu kita belajar sampai master Phd or dapat title DR n mesti blaja kt universiti tp kat mana2 pon kita masih mampu blaja dan memperoleh ilmu……(nie juz pandangan dari aku jek)
apa yang penting sebenarnya hati dan diri kita sendiri mesti ada niat blaja sesuatu yang baru xkira di mana jua dan sentiasa mahu improvekan diri untuk terus maju kehadapan…bukan terus untuk berada di takuk yang lama…

-semoga doa aku diperkenankan ALLAH supaya dipermudahkan jalankan aku memperolehi apa yang dihajati diri ini…AMIN-

Wednesday, 20 May 2009

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Assalammualaikum, sekadar berkongsi informasiﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"
dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yangsensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."

Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan sukamengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dansebagainya yang merupakan doa kepada mereka".

inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Monday, 11 May 2009

time for rest...(juz a while)

ado pening kepala aku bile aku on blog aku nie...dah xmcm dulu.
semua nie gara2 nk tukar cover baru.last2 jadi macam nie... (letih tol la)
so aku ingat aku nk rehat jap dari wat blog nie kbtulan skrna nie aku tgh bizi tok exam...so aku nk fokuskan dulu kan exam aku nie...
xpe2..blog nie lmbt2 pon xpe...nk wat cepat2 pon nk wat pe. (bukan masuk exam pon...c(:)
so kepada pengunjung setiaku, tgk la blog aku yg agak kelam kabut nie....
tp jgn risau akan datang aku akan kembali dengan cover yg baru... (hihihi lg cantik dr blog aku sekarang nie)
dapat la aku merehatkan diri sekejap dri mnghadap blog nie..dalam masa berehat nie akan aku fikirkan apa perubahan yg perlu aku lakukan untok blog aku nie..
kawan2 aku ada yg dah membebel..

"mun,xde yg lbih menarik lagi ke..yg more islamic skit.ko kan study college islam''

terdiam aku seketika... (xtau nk jawab apa)
xpe2 akan aku cuba tunaikan impian kawan2 ku untuk melihat blog aku yg lbih kepada islamic sedikit... (i will try)
tp bukan sekarang....TUNGGU....sekarang time for rest jap9to kawan2 ku yg memberi idea tu,jgn terperanjat plak ye.. (tunggu dan lihat jek)
aku xjanji untuk wat wat terBEST tp aku akan buat yg termampu....:)

Saturday, 9 May 2009

KASIH IBU SAMPAI KE SYURGA

Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini
Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku
Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku
Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu
Hanyalah kasihmu ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhhKau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya


Tanggal 17/4/02, kira-kira jam11.30 mlm, abah mengejutkan aku dan abg wad yg sedang lena diulit mimpi.

‘’bangun..bangun..’’

‘’kenapa bah…””aku bertanya dlm keadaan mamai.

‘’abah ingat nk g umak akak ko la..’’

aku yg masih dalam keadaan separuh sedar hnya mmpu terdiam..
namun aku pelik, dah malam2 buta knp abah tiba2 nk g tgk mak…knp xnk tunggu esok jek…
aku pndang abg wad.dia hnya mmpu mgangguk tanda bersetuju…

‘’tunggu apa lg..g la cepat siap..’’

Tepat jam 12 tgh malam, kami pon klua rumah..
Perjalan untuk kerumah k.noi yg selalunya hnya mngambil masa 1 jam terasa mnjadi smkin lama…
Kebetulan dlam perjalanan, terdapat berlakunya kemlgan yg mnyebabkan ms untuk sampai ke rumah k.noi aku mnjadi semakin lama.
Nth knp tiba2 aku rs seram sejuk..terus aku teringatkan kat emak..dah lama aku xjmpe dia sejak akak sulung aku tu membuat kputusan untuk mnjaganya.pada awal kptsannya untuk membawa emak ke rumahnya aku rasa berat hati..aku xnk berpisah dgn emak,namun apa daya aku hnya budak yg masih bersekolah lg pada ketika itu…
Tepat jam 2.45 pg, kerata abah masuk ke pekarangan rumah k.noi…baru sahaja kami semua membuka pintu kereta, aku lihat k.noi sudah berlari2 mendapatkan abah sambil menangis-nangis…

‘’abah…abah..mak dah xde…””

Mendengar shja kata2 itu, tiba2 shja tubuhku mengigil yg amat sngat..aku berpaling ke arah abah

‘’innallillahhiwainna ilaihirajiu’un…’’ucap abah dgn tenang…

Abg wad pula,mukanya aku msh dalam keadaan terkejut.kemudian aku,abah,akak n abg wad segera msuk kerumah k.noi…aku lihat 3 org ank sdraku sdg mmbc surah yassin disebelah jenazah emak…
Aku lihat abah membuka kain batik yg menutupi jenazah emak..aku turut mndekati untuk melihat wajah emak yg dah lama aku xjmpe.

‘’alhamdulillah…’’aku terdengar abah mengucapkan syukur..

Aku jd pelik

‘’kenapa abah”’salah abg wad aku bertnya

’alhamdulillah dan syukur kpdNYA,kerana emak kau pergi dalam keadaan baik dan tenang’’

Aku dan abg wad dan k.noi mgucpkan syukurr…aku yakin apa yang abah cakap sebentar td kerana abah aku lebih mengehtahuinya berbanding kami adik beradik.
Kemudian aku dan abg wad aku mgambil yassin dan mmbacanya.
Ketika aku sdang khusyuk mmbca, aku terpndg abg wad aku.dia mengigil!menahan sebak yg amat sngat…
Aku lihat k.noi sedang telefon 3org lg abg aku yg berada di perak dan kl…kemudian aku lihat dia telefon pula k.camah,kakak aku yg sorang lagi…kemudian aku terus mnyambung lg pembacaan aku…
Usai mmbaca aku duduk termenung memandang jenazah emak aku.

‘’betul ke mak dah x
xde’’

Tp yg peliknya aku xmenangis pun…baik aku,aku lihat smua yg ada dirumah tu tiada pun yg menangis…termasuk abah…

‘’kau balik dulu ke pasak, kemas rumah dan bg tau imam mislan yg mak dah meninggal’’pesan abah pd k.camah

‘’ea, kau ikut aku balik’’ujar k.camah

Aku hnya mmpu mngangguk
Sampai jek umah, aku terus pergi ke rumah jiran tetangga untuk mmbri khabar…Sementara abg ipar aku g jmpa imam mislan..
Kira2 6.30am,terdengar pengumuman yg megkhabarkan kematian emak..

‘’kau g la sarap dulu kalo lapar, t bila jenazah mak sampai dah xleh nk mkan..kan xelok’’

Aku hanya mengeleng…pada ketika ini selera aku mati walaupun perutku memberontak untuk diisikan.Kira jam 8.00pg umah aku sudah dipenuhi jiran tetangga…turut serta cikgu2 sekolah agama dan sekolah menengah aku.
Mereka semua mngucapkan takziah smbil memeluk aku smbil meminta aku banyak2 bersabar.Aku hnya mmpu diam shja.Pada jam 9.30pg,van jenazah yg mmbawa emak smpai ke rumah aku.Aku lihat pak cikku yg merupakan abg emak berada di dalam van tersebut brsama abg wad.

Jam 10.00pg rumah aku penuh dgn kehadiran org kg dan saudara mara.sementara k.noi mmbantu memandikan jasad emak,aku bersama2 org kg dan saudara mara mmbc surah yassin..usai siap memandikan jasad emak,org yg telah siap mengkafan emak aku mengatakan :

‘’kepada anak2 si mati dan keluarga terdekat diminta memberi penghormatan terakhir sebelun sy menutup wajah si mati’’

Ketika itu aku bersama abg wad,k.noi dan k.camah segera mndapat jasad emak..kami menatap wajah dan menciumnya buat kali terakhir..hanya ini shj peluang terakhir kami menatap wajah emak…aku lihat wajah emak begitu bersih dan kelihatan cantik apabila di solekkan dengan celak…sementara itu abg cik yg bru smpai dr kl segera mndapatkan kami.
Setelah selesai,mk cik tu nk menutup wajah ibu tp dihalang abg cik.

‘’mak cik..leh tunggu skjap jek lagi..2 org anak lg belum smpai lg..mereka dlam perjalanan balik’’

Aku teringat angah yg keja dan abg beso yg menuntut disana masih dlm perjalan dr perak…

‘’sempat ke mereka jmpe?perak tu bukannya dekat nk sampai ke johor’’aku berfikir.

Setelah hmpir 1 jam mnunggu abg2 ku msh bum juga smpai dan abah mngatakan dgn nada yg sayu:

‘’xpela..kita teruskan jek…xelok jenazah dibiarkan lama2…anggap jek la xde rezeki mereka”

Kemudian mereka pun bersiap sedia untuk menhantar jenazah untuk dikebumikan.aku nk ikut tp dihalang abah ngan kakak2 aku…abah suruh aku dan kakak aku tunggu dirumah jek.Ketika van jenazah emak siap sedia meninggalkan rumah,aku dah xmampu lg untuk menahan tangisan kerana aku tahu aku dah xde emak…Segala tangisan yg aku pendam akhirnya terluah juga..

‘’sabar la…jgn nangis…relakan mak pergi..dah jangan menangis lg..xelok’’
Itu lah kata yg masih terngiang2 lg ditelinga aku hingga ke hari ini.

Tahun ini genap 9 tahun aku mnymbut hari ib tnpa emak disisiku…
Hanya pada k.noi, k.camah nagn mk cik aku jek yg akan aku ucapkan ucapan
SELAMAT HARI IBU.

EMAK,Pemergianmu merupakan satu tamparan buat aku dan keluarga.tanpa sempat mengucapkan kata, kau telah pun meninggalkan aku.tanpa sempat aku memelukmu kau telah pergi meninggalkan aku.aku tahu selama beberapa tahun kau terpaksa menjalani kehidupan yang penuh liku dan derita dengan apa kau alami, namun pemergianmu secara tiba-tiba telah mengejutkan aku.namun aku tahu pemergian mu memberi aku dan keluarga tanda yg ALLH lebih menyayangimu…sesungguhnya tiada insan lain yang mampu menggantikan tempatmu di hati kami sekeluarga…
Aku doakan rohmu sentiasa dicucuri rahmat daripadaNYA dan ditempatkan dengan orang2 yg beriman dan solehah…AL-FATIHAH


P/S- selamat menyambut hari ibu kepada wanita yg bergelar ibu dan kepada mereka yng bakal bergelar ibu.
kepada NORATI RAJA YUSOF,SUHAIFAH RAJA YUSOF, serta wanita yg bergelar ibu dlm FAMILY RAJA,aku ucapkan selamat menyambut hari ibu…Semoga kalian semua dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah…amin

(kepada k.rin yg bakal mnjadi salah seorang ahli keluarga xlama lg,akan aku wish tahun depan kalo dimurahkan rezeki.insaya allah...)

Tuesday, 5 May 2009

no idea!

sem nie betol2 wat aku letih n pening kpla.nk kena rush betol sepanjang sem nie.adoi!
sikit2 ada practicle la...presentation leh dikatakan ari2 ada..ari2 aku jd pelakon.kalo aku g shooting ngan aziz m.osman mesti banyak income aku dapat...
nsb bek la dapat class mdm shadiah...
td jek aku dah kena jd org buta...dah la tu siap kena wat bunyi mcm suasana kat ktm..nsb bek la menjadi aku n the geng nyer presentation...hohoho mdm shadiah siap piji lg ckp yg group aku pling bez skali...xsia2 aku jd org buta...

story pasal mdm shadiah, aku jd risau plak nk skip class die 1/6/09 nie....t markah kurang plak...tp aku mmang terpaksa kena skip class die....
adoi!terbangla jawabnyer markah aku...
tp xpe kot coz b4 nie aku xprnah lg skip lg class die, so kalo skip 1 ari mesti die xkisah...hihi sori madam...
em tp alu bkan jek skip class die tp kena skip 3 class skaligus!!!
sori mdm fairuz n miss amiraa(walaupon anda x bc)kalo x kerana aku kena bergegas blik johor pd date tu, msti aku xperlu nk ponteng class...sob...sob...(sedih la plak)