bismillahirahmanirrahim..
doa pilihan ini aku dapat dari abah aku last day ramadhan masa tue...kebetulan petang tue kami sekeluarga duduk di beranda dapur sambil menggoreng ayam dan masak ketupat...dari sembang2 kecil tentang solat mengikut rasulullah s.a.w , ianya terus menjadi usrah keluarga..macam2 persoalan tentang solat kami bincangkan..masing2 bertukar pendapat tentang cara solat dan bacaan solat yang nabi muhammmad amalkan hinggalah topik perkara2 bid'ah dalam solat...sedang hangat topik dibincangkan tibe-tiba terdengar
'' brrroomm~brrroomm~''
rupanyer abah dah sampai..dia baru balik dari rumah mak cik..bila tengok anak2 dok bincang pasal solat, die pon join sekaki memberi pendapat....sebelum tamat sesi usrah kami ekoran waktu berbuka hampir tibe, abah meminta aku menyalin doa ini..ini adalah salah satu doa yang dia amalkan selama ini
Tuesday, 20 September 2011
Doa pilihan
Posted by mun at Tuesday, September 20, 2011 0 comments
' Sumayyah binti Khayyat, Wanita Syahidah Pertama Dalam Islam''

Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindugannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Hudzaifah, sehingga akhirnya dia dinikahkan dengan budak wanita bernamaSumayyah. Dia hidup bersamanya dan tenteram bersamanya. Tidak berselang lama dari pernikahannya, lahirlah anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah.
Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lezatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya. Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh barakah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya, sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulainya sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk yang pertama kalinya.
Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, karena Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat, sehingga orang-orang kafir tidak menanggapinya, melainkan dengan pertentangan dan permusuhan.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari din mereka, mereka memaksa dengan cara mengeluarkan mereka ke padang pasir tatkala keadaannya sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad… Ahad…,
beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang dilakukan olehYasir, Ammar, dan Bilal.
Suatu ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah disiksa degan kejam, maka beliau menengadahkan ke langit dan berseru:
“Bersabarlah wahai keluarga Yasir, karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah Jannah.”
Sumayyah mendengar seruan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, maka beliau bertambah tegar dan optimis, dan dengan kewibawaan imannya dia mengulang-ulang dengan berani, “Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar.”
Begitulah, Sumayyah telah merasakan lezat dan manisnya iman, sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang remeh dalam rangka memperjuangkan akidahnya. Di hatinya telah dipenuhi akan kebesaran Allah Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para taghut yang zalim. Mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya sekalipun hanya satu langkah semut.
Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya, Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kesuksesan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam.
Tatkala para taghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah, maka musuh Allah Abu Jahal melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkan sangkur yang berada dalam genggamannya kepada Sumayyah. Maka terbanglah nyawa beliau yang beriman dan suci bersih dari raganya. Beliau adalah wanita pertama yang mati syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan. Beliau telah mengerahkan segala apa yang beliau miliki dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Rabbnya. “Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanannya.”
Sumber: kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi,
Posted by mun at Tuesday, September 20, 2011 0 comments
Tuesday, 13 September 2011
hallyu wave
aku merupakan salah seorang yang sangat-sangat la meminati korea terutama untuk boy band..malas celoteh panjang2..di bawah ni adalah merupakan favoret voice yang paling MMMUUAAH LA...( bg aku la)
super power voice xiah junsu (TVXQ)
Posted by mun at Tuesday, September 13, 2011 0 comments
Wednesday, 7 September 2011
Hidup Seperti Sebuah Buku
Tiap2 helaianya, adalah setiap hari dalam hidup kita dan apa yang telah kita lakukan.
Ada buku yang tebal, dan ada pula buku yang nipis. Ada buku yang menarik dibaca, dan ada yang sama sekali tidak menarik.
Sekali di tulis, ia tidak akan dapat di ubah lagi.
Tapi yang hebatnya,
seburuk mana pun halaman sebelumnya, pasti akan selalu tersedia halaman seterusnya yang putih bersih, baru dan tidak ada cacat apa pun.
Sama dengan hidup kita, seburuk manapun semalam,
Tuhan akan selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.
Kita selalu diberikan kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita pada setiap hari.
Kita selalu akan boleh memperbaiki kesalahan kita dan mengubah jalan cerita seterusnya sampai saat usia kita berakhir, yang sudah ditetapkanNYA.
Terima kasih Tuhan utk hari yg baru ini..
Syukuri lah hari ini....
dan isilah halaman buku kehidupanmu dengan perkara yang baik semata.
Dan, janganlah pernah lupa, untuk selalu sedar akan perintah Tuhan, tentang apa yang harus ditulis di setiap hari lainnya.
Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita akan dapati diri kita sebagai insan yang beroleh keredaan darinya.
Dan buku kehidupan kita itu juga layak untuk dijadikan teladan bagi anak2 kita dan sesiapa pun setelah kita tiada nanti.
Selamat menulis di buku kehidupanmu sahabat,
Menulislah dengan tinta cinta dan kasih sayang, serta pena kebijaksanaan.
saya berdoa dan berharap :
"agar ALLAH kan selalu menyertai setiap langkahmu"
..........kerana........
Allah tidak pernah menjanjikan bahwa : langit itu akan selalu biru,
bunga akan selalu mekar, dan mentari akan selalu bersinar..
Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu
memberi pelangi di setiap hujan panas, senyum di setiap air mata, berkat di setiap cubaan,
dan jawapan di setiap doa mu...
Posted by mun at Wednesday, September 07, 2011 0 comments
engagedment day 03.09.
Posted by mun at Wednesday, September 07, 2011 0 comments
Tuesday, 6 September 2011
Adakah kita ini dicipta untuk menjadi manusia yang gagal? Atau kita sendiri yang menentukannya dan Allah sebagai pembenar atas segala tindakan kita sama ada tindakan kita itu berbentuk usaha atau pun hanya bersenang lenang menikmati arus dunia. Sedangkan, masa pula berlalu bagaikan air yang mengalir. Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar terleka. Lihat bahasa analogi yang dirumuskan di bawah ini: Versi Dunia: Versi Akhirat: Kesimpulannya, usahlah menunggu, ayuhlah kita berusaha mencari seru dan hidayah itu. Nak lulus dan hendakkan Syurga... konsepnya sama sahaja. Fikirkan apa penghalang kita untuk melakukan sesuatu seperti 'study' contohnya, begitu jugalah penghalang kita untuk melakukan perubahan. Tiada usaha tiada kejayaan. "No pain no gain." Berat rasanya kan? Semua antara kita mahukan kejayaan tetapi usahanya tidak kelihatan. Maka, fikir dan renungkanlah. Adakah kita ini dicipta sebagai manusia yang gagal atau sebaliknya? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Apa guna adanya lulus dan gagal dalam peperiksaan? Apa guna adanya Syurga dan Neraka untuk hamba-Nya? "Sama-sama kita renung-renungkan."
"Saya tunggu seru untuk 'study' sempena exam... matlamat lulus!"
"Saya tunggu hidayah untuk berubah sempena ke sana... matlamat Syurga!"
Posted by mun at Tuesday, September 06, 2011 0 comments
Monday, 5 September 2011
nie la jadinyer bile dah dah lama x buka blog..bile dah sekali buka mcm2 nk dibarukan...baik lagu, deco yg kt tepi2 tue..cume tang templete jek yg malas nak tukar.. (malas nak cari sebenarnyer)..
Posted by mun at Monday, September 05, 2011 2 comments
Sunday, 4 September 2011
erm~
Posted by mun at Sunday, September 04, 2011 0 comments














