Bismillahhirahmanirrahim...
Bahasa diucap adakala berbisa,
Janji dilafaz tidak semua dikota,
Tugasan dilaksana ada yang tidak sempurna,
Dalam pergaulan ada terguris jiwa,
Dalam bersenda loka ada yang berburuk sangka,
Dalam kenangan ada yang dilupa,
DEMIKIANLAH INSAN YANG DINAMAKAN MANUSIA
Mohon diampun segala yang terlaku dan terkata,
Agar sillaturahim dan persahabatan berpanjangan jua,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Rasanya belum lagi terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kenalan saya yg mengenali diri ini...saya seringkali dengar orang sekeliling berkata
‘’ea, puasa sebulan so raya pon sebulan la kan’’
Saya sendiri pon xpasti sama ada benar atau tidak, tp menurut cucu makcik saya yang belajar di mesir orang di sana hanya menyambut hari raya puasa secara sederhana tidak seperti di malaysia.mereka benar2 menyambut secara meriah apabila menyambut hari raya korban.berbanding di sini, baik hari raya puasa, hari raya korban ataupun perayaan lain, mesti disambut dengan meriah..
Berbalik pada lebaran pada tahun ini, family saya hanya menyambut secara sederhana sahaja namun kemeriahan masih lagi terasa...banyak perkara yang saya lakukan sepanjang menyambut lebaran tahun ini..
MALAM SEBELUM RAYA : potong sayur untuk buat lodeh, dan masukkan kuih dalam balang kaca
HARI RAYA PERTAMA : pergi kubur arwah emak, salam bermaafan dengan seluruh seisi keluarga bermula abah, malam beraya di rumah makcik dan rumah sepupu yang tinggak berdekatan , balik MAIN BUNGA API! (best giler!..dah lama tunggu saat nie..)
HARI RAYA KEDUA : beraya di rumah pakcik2 dan makcik2 sebelah abah dan arwah emak di pasir gudang, taman kota masai dan kg cahaya bharu (penatnya...pergi ok jek jalan, tp balik sesak giler yang amat sampai kena duduk dalam kereta hampir 3 jam!)
HARI RAYA KETIGA : seisi ahli keluarga mula berpuasa 6...duduk rumah layan budak2 yg datang beraya...kakak2 dan abang2 dah balik rumah masing
HARI RAYA KEEMPAT: duduk rumah layan budak2 raya...malam kawan2 sekampung datang beraya (sampai kiuh raya x cukup coz dieorg datang secara berkonvoi)
HARI RAYA KELIMA : pergi rumah terbuka rumah terbuka di rumah abang sekali gus berbuka puasa beramai-ramai (hanya dihadiri adik beradik, anak2 saudara, abah dan makcik jek)
HARI RAYA KEENAM : beraya rumah kawan (pakai t-shirt biasa jek..huhuhu x jangka pon nk beraya...), malam tunggu movie FANTASTIC 4
HARI RAYA KETUJUH : kemas barang tuk balik KL...petang merayap satu kampung naik motor...jam 12.00 tengah malam naik bus tok balik KL (tue yg masuk kelas miss amiraa lambat sket...dan rupa2nya xde kelas pon tp apa nk buat...benda dah jadi..AHAKS!!!huhu)
Dikesempatan ini juga saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin dan juga tahniah buat angah kerana dapat anak perempuan yang lahir 2 hari sebelum raya...(insyaallah jika ada umur yang panjang tahun depan kita dapat beraya bersama2 dan dapat balik johor)


